Pages

02 December 2010

Proton Jebat

Sempena dengan Kuala Lumpur International Motor Show 2010, Proton telah memerkenalkan kereta konsep terbaru mereka iaitu Proton Jebat.

Proton Jebat ini dinaik taraf daripada model Proton sedia ada iaitu dari model Proton Inspira. Model Inspira pula di TIRU daripada model Mitsubishi Lancer GT. (^_^)

Proton Jebat ini tampil dengan kit badan lebar (wide bodykit), spoiler, Lampu LED, sport rim 18 inci serta kerusi Recaro.

Proton Jebat juga menggunakan enjin berkuasa turbo. Kuasa kudanya adalah sebanyak 177hp dan tork pula setinggi 343Nm. Kelajuan maksimum 232Km/h dan hanya memerlukan 5.6 Sec untuk cecah 100Km/h.

Jadi... kalau la Proton Jebat ini betul-betul dikeluarkan nanti, cuba teka berapa harganya?

Bagi tips sikit.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing yang berkuasa kuda 145hp harganya RM115 ribu. Jadi Proton Jebat yang berkuasa kuda 177hp harganya adalah.... Emmm... sama-sama kita renungkan ya. Hahahah.





Sumber gambar daripada http://paultan.org

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...