Pages

09 December 2012

Mitsubishi Lancer SE AWC 2012


Kali ini kita tengok pula review kereta Mitsubishi Lancer SE AWC dari LotPro. Secara ringkas, kereta Mitsubishi Lancer SE AWC ini dilengkapi enjin bersesaran 2400cc dan mampu menghamburkan 168 kuasa kuda (hp). Ia juga dilengkapi dengan sistem All-Wheel-Control (AWC) seperti Mitsubishi Lancer Evolution X. Ohsem.

12 November 2012

01 October 2012

Review Mitsubishi Lancer 2.0 GT 2010

Kali ini kita tengok pula review kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT tahun 2010 dari Alexlovesmac. Jom kita review apa yang Alex review. Haha..



04 September 2012

Limited Editions Lancerzone T-Shirt

Saje nak kongsi T-Shirt Limited Editions dari Lancer GT Club (LGTC). Saya sudah beli dah. Haha..


25 August 2012

Ralliart Snorkel

Original Mitsubishi Ralliart snorkel. Baru aje sampai dari negara matahari terbit. Yahooo..!!

So.. Ape kelebihan gune Ralliart snorkel ini berbanding snorkel standard Lancer GT?

Entah. Saya pun tak tahu. Semua orang beli, saya pun beli juga la. Haha..


07 August 2012

Adekah ini Mitsubishi Lancer 2.0 GT Baru?

Sumber mengatakan pada 9 Ogos 2012 ini, Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) akan melancarkan model baru Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang di naik taraf aksesorinya seperti lampu LED, reverse kamera, new bodykit serta lain-lain lagi. Harga? Masih belum diketahui.

Sementara nak tunggu 9 Ogos 2012, jom kita layan gambar ini dulu. First impression saya mengenai model baru Mitsubishi Lancer 2.0 GT ini? Tak smart langsung. Model facelift lama lagi macho. Haha..


Sumber facebook

14 July 2012

Trailer Filem Mitsubishi Lancer Evolution X 311RS

Filem 311RS dirancang untuk disiar secara online pada bulan Jun 2012. Same-same kita nantikan walaupun sekarang ini dah masuk bulan Julai 2012. Haha..

Review Mitsubishi Lancer Evolution X 2012 dari autobytel

Kali ini kita tengok pula review kereta Mitsubishi Lancer Evolution X 2012 dari autobytel. Jom kita review apa yang diorang review. Haha..

06 June 2012

Lancer 2.0 GT & Lancer 2.0 EX

Takde apa pun yang menarik sebenarnya. Saje je upload gambar. Bagi blog ni nampak macam sentiasa dikemaskini. Haha..


29 May 2012

Mitsubishi Lancer Owner's Weekend Nature Hideout

Mitsubishi Motor Malaysia akan menganjurkan Mitsubishi Lancer Owner's Weekend Nature Hideout pada 30hb Jun 2012 ini di Resort Tasik Kenyir, Terengganu. Jom kita pergi. Terhad kepada 45 kereta sahaja. First-come, first-served. Saya nak pergi. Tapi dah penuh depa kate. Waaa....


28 May 2012

Korang fikir korang dah cukup ganas?

Haha.. Kelakar la iklan nie. Korang fikir korang dah cukup ganas? Lain kali tinted la kereta tu gelap-gelap dulu. Baru la tak malu sangat. Haha..

19 May 2012

Volkswagen Golf R vs Mitsubishi Lancer Evolution MR

Warna biru mana lagi cantik? Warna biru Volkswagen Golf R atau warna biru Mitsubishi Lancer Evolution MR? Haha..

Okey. Jom kita tengok kereta 4WD mana lagi best. Volkswagen Golf R atau Mitsubishi Lancer Evolution MR?

Jika tanya saya punya pendapat? Mestila saya TAK pilih Volkswagen Golf R. Haha..

08 May 2012

Nombor Pendaftaran

Hoho.. First time dalam seumur hidup saya, saya jumpa nombor pendaftaran kereta saya sebelah nombor pendaftaran kereta saya juga tapi dalam angka menaik. Haha.. Faham ke apa yang saya cube sampaikan nie? Tak faham? Takpe. Saya pun tak faham juga kenapa saya kata macam tu. Haha..

01 April 2012

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak baru sahaja membeli sebuah Mitsubishi Lancer Evolution 10 yang dikhabarkan berkuasa 380HP pada 28 Mac 2012 yang lepas. Hah? Kereta Mitsubishi Lancer Evolution 10 ni berkuasa 380HP??? Perghh.. Berdesup lajunya tu. Terbaik la Zizan. Cemburu saya sama kamu. Haha..

Tahniah Zizan. Moga terus berjaya di arena seni dan di jalan raya. Kereta Mitsubishi Lancer Evolution 10 tu kalau dah jemu guna nanti, boleh la tolak kat saya. Haha..

27 March 2012

Lancer di Johor Baharu, Johor

Kereta Mitsubishi Lancer bernombor plat Singapore ini dijumpai ketika saya bercuti di Universal Studio Singapore baru-baru ini. Apa yang menarik mengenai kereta Mitsubihi Lancer ini adalah ia menggunakan sportrim Mitsubishi Lancer Evolution X BBS, tayar bersaiz 245/40/18, lampu HID dan apa yang paling best sekali Mitsubishi Lancer ini mempunyai sunroof.

Hohoho.. Cemburunya tengok kereta Mitsubishi Lancer ini. Haha..

22 March 2012

Back To The Future

Wow. nampaknya Dr. Emmett "Doc" Brown dalam cerita Back To The Future telah menggunakan Mitsubishi Lancer sebagai kereta merentas masa terbaru beliau. Hohoho.. Macam ini baru la gempak. Haha..

Awesome gile. Kereta Mitsubishi Lancer nampak sesuai sangat untuk dijadikan kereta dari masa hadapan. Cool. Haha..



16 March 2012

311RS

Yes. Akhirnya Gates 311 dah muncul kembali dengan berwajah baru iatu 311RS. Best best. Hahaha..

14 March 2012

Mitsubishi Lancer 2012

Jom kita tengok apakah update terkini bagi kereta Mitsubishi Lancer edisi tahun 2012. Macam lagi best aje. Siap ada sunroof dan reverse camera tu. Hohoho..

08 March 2012

07 March 2012

Mitsubishi Lancer Ralliart 2009

Review kereta Mitsubishi Lancer Ralliart tahun 2009. Jom kita tengok.

02 March 2012

01 March 2012

700KM


Okey. Ini hasilnya untuk kajian saya yang bertajuk 900KM?? Seperti yang dapat dilihat, kereta saya cuma dapat cecah lebih kurang selepas ditambah tolak dalam 700KM aje. Bukan 900KM seperti yang dijangkakan. Haha..

22 February 2012

900KM ??

Pada hari Ahad yang lepas (19 Feb 2012), saya telah mengisi minyak kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya full tank. Yang bestnya, penunjuk minyak menunjukkan kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya boleh bergerak sejauh 900KM sebelum minyak perlu diisi semula. Wow.. Hebat tu. 900KM.

Sekarang minyak kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya masih belum empty lagi. Nanti bila dah nak empty, saya akan bagi resultnya betul ke boleh sampai 900KM? Walapun saya rasa macam mustahil aje nak cecah angka tersebut, saya tetap nak cuba juga. Mana la tahu kot-kot tiba-tiba boleh. Haha..

21 February 2012

Lancer di Kuala Besut, Terengganu

Baru-baru ini saya bersama family telah mengikuti robongan majlis perkahwinan sepupu saya di Kuala Besut, Terengganu. Punya la jauh perjalanan dari Sepang menuju Kuala Besut. Rase macam nak patah pinggang aje. Haha.. Terima kasih juga kepada model-model yang sudi menjadi model kepada kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya. Terbaik. Haha..

09 February 2012

Kemalangan di pasar

Mitsubishi Lancer Evolution X kepunyaan Skuad Helang PDRM telah terlibat dalam kemalangan. Tidak pasti bila ianya berlaku, dimana ianya berlaku dan macam mana boleh berlaku. Yang saya pasti, kemalangan ini berlaku di pasar. Haha..

Kereta Mitsubishi Lancer Evolution X ini nampak okey. Cuma airbag seperti sudah terkeluar. Speedy recovery Mitsubishi Lancer Evolution X. Speedy recovery juga kepada Skuad Helang :-)

07 February 2012

Mitsubishi Lancer Evolution X MR 2012

Mitsubishi Lancer Evolution X MR 2012 dari negara Kanggaru. Antara update terkini yang diterima oleh kereta Mitsubishi Lancer Evolution X MR pada tahun 2012 adalah:

1. Reversing camera
2. Electronic chromatic rear vision mirror with monitor
3. Black gloss interior trimmings

Mitsubishi Lancer Evolution X MR 2012 ini dijual pada harga serendah $74,890 atau RM244,423.50 sebuah. Ini harga di Australia. Kalau di Malaysia, harganya lebih kurang RM330,000 sebuah.

Adoii.. mahalnya. Macam mana nak pakai Mitsubishi Lancer Evolution X MR kalau harga macam ini. Pakai bodykit Mitsubishi Lancer Evolution X MR ajelah yang saya mampu. Haha..

03 February 2012

Skuad Helang PDRM

Adegan yang harus ditonton bagi peminat tegar Mitsubishi Lancer Evolution X. Skuad Helang PDRM tengah mengejar penjenayah dengan menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution X.

Walaupun sekadar tengok vidoe aje, saya rase macam saya yang tengah bawa Mitsubishi Lancer Evolution X tu. Haha.. Tahniah Skuad Helang PDRM diatas dedikasi mereka menjalankan tugas. Terbaik.

18 January 2012

Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Edition 2011

Review kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Edition tahun 2011. Review sebelum ini adalah untuk kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Edition tahun 2008.

Okeh. Jom kita tengok apa yang berbeza diantara kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR tahun 2008 berbanding kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR tahun 2011.

16 January 2012

Transformers

Tak sangka kereta Mitsubishi Lancer Evolution X pun tergolong dalam keluarga transformers juga. Agak-agak korang, Mitsubishi Lancer Evolution X ini Autobots atau Decepticons? Haha..

06 January 2012

Side Skirt

Baru-baru ini (Disember 2011), saya pasang Evolution X PP Side Skirt kat kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya. Ada nampak perbezaan tak? Macam tak ada perbezaan sangat kan? Saya pun rase macam tu juga. Macam tak ada beza aje dengan side skirt Lancer GT. Kena bagitahu, baru orang perasan yang side skirt dah lain. Haha..


01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Alhamduliilah. Dah masuk tahun 2012. Kejap aje rasenya. Kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya pun dah nak masuk 2 tahun umurnya. Ada lagi 7 tahun baru pinjaman kerete nak habis. Adoii.. Lama lagi rupanya hutang baru nak tamat. Haha..

Okey. Sedikit ringkasan apa yang berlaku kepada kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya sepanjang tahun 2011.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...