Pages

31 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53 tahun. Merdeka tahun ini sambut di mana?

Saya teringin untuk sambut ambang merdeka di dataran merdeka. Sambil tunggu jam berdetik 12.00 pagi, boleh minum dan makan bersama kawan-kawan sambil bergosip-gosip isu semasa. Hehehe. Tengok la nanti tahun depan jika ada peluang. Apa-apa pun, saya ucapkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

27 August 2010

Mitsubishi Lancer EX

Ini adalah adik terbaru keluarga Encik Mitsubishi iaitu Mitsubishi Lancer EX. Baru sahaja dilahirkan pada bulan Julai 2010 yang lepas.

Mitsubishi Lancer EX jika anda lihat, ia bukannya kategory sport edition seperti abang ngah nya iaitu Mitsubishi Lancer GT. Jadi, Mitsubishi Lancer EX ini tiada bodykit, sport rim bersaiz 16 inci dan tiada muncung ala abang sulung nya yang begitu garang iaitu Mitsubishi Lancer Evolution X.

Mitsubishi Lancer EX ini juga diberikan gadjet-gadjet baru seperti cruise control, kunci pintar dan GPS sistem. Maklum la, adik terbaru, jadi manja sikit la. Hehehe. Kuasa enjin pula masih sama dengan kuasa enjin Mitsubisi Lancer GT.

Hanya ada dua warna sahaja dikeluarkan iaitu warna Putih dan Hitam. Jadi maknanya, apabila anda melihat kereta merah saya dari jauh, CONFIRM, saya ulangi lagi sekali, CONFRIM ianya adalah kereta Mitsubishi Lancer GT dan bukannya kereta Mitsubishi EX. Betul tak? Hehehe.





Sumber gambar daripada http://paultan.org

22 August 2010

Mitsubishi Lancer TV Commercial

Ini ialah iklan mengenai Mitsubishi Lancer yang saya rasa sangat menarik. Walaupun iklan ini dikeluarkan pada tahun 2009, iklan ini tetap tak jemu jika dilihatnya berulang-ulang kali. Dah macam cerita P.Ramlee la pula. Hehehe. Paling menarik adalah bila kereta Mitsubishi Lancer tersebut melakukan aksi drif diawal permulaan video ini. Anda saksikan sendiri. MANTOP!!

13 August 2010

Mitsubishi Lancer Evolution X Dashboard

Dashboard Mitsubishi Lancer Evolution X

Dashboard Mitsubishi Lancer 2.0 GT

Gambar-gambar diatas adalah gambar dashboard Mitsubishi Lancer Evolution X dan gambar dashboard Mitsubishi Lancer 2.0 GT.

Seperti yang dapat kita lihat, meter kelajuan Mitsubishi Lancer Evolution X adalah sehingga 300 KM/H manakala meter kelajuan Mitsubishi Lancer 2.0 GT pula adalah sehingga 240 KM/H sahaja.

Meter RPM juga adalah berbeza iaitu Mitsubishi Lancer Evolution X adalan sehingga 9000 manakala Mitsubishi Lancer 2.0 GT pula adalah sehingga 8000 sahaja.

Apa yang dapat disimpulkan daripada fakta-fakta diatas? Emm.. makna nya, kalau Mitsubishi Lancer 2.0 GT nak lumba dengan Mitsubishi Lancer Evolution X secara adil dan saksama, confirm tak akan menang punyalah. Hahahaha.

Sumber gambar daripada http://for-wheels.blogspot.com

10 August 2010

Mitsubishi Lancer 2.0 GT Dashboard


Ini adalah rupa dashborad kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT. Sangat cantik bagi saya kalau dibandingkan dengan rupa dashbord kereta Kancil 660 saya. Hehehe.

Meter kelajuan yang ditunjukkan adalah sehingga angka 240. Apakah kelajuan tertinggi yang dapat dicapai oleh kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT ini? Tunggu keputusan nya apabila saya sudah mencubanya nya nanti. Bila tu? Saya pun tak pasti lagi bila saya nak test. Hahahah. Apa-apa pun, tunggu sahaja keputusan nya.

04 August 2010

Proton Waja Baru

Ini adalah lakaran proton waja baru berasaskan daripada model Mitsubishi Lancer 2.0 GT. Cun juga la kan walaupun ini hanyalah lakaran semata-mata dan bukan lakaran sah daripada Proton. Apa-apa pun, Mitsubishi Lancer 2.0 GT tetap menjadi pujaan hati ku. Mitsubishi Lancer 2.0 GT tetap ROCK !!!! Hahahahah.



Sumber gambar daripada http://paultan.org dan http://theophiluschin.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...