Pages

Showing posts with label Lancer Evolution X. Show all posts
Showing posts with label Lancer Evolution X. Show all posts

27 March 2014

Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-440 MR


Sempena ulang tahun ke 40 Mitsubishi di United Kingdom, Mitsubishi United Kingdom telah melancarkan edisi khas FQ-440 MR. Terhad kepada 40 unit sahaja, Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-440 MR ini dikuasakan dengan kuasa kuda 440bhp dan kuasa tujahan setinggi 559 Nm. Ohsem!! Cuma satu aje yang kurang tentang kereta ini iaitu saya tak mampu nak beli. Hahaha..

29 October 2013

How To Make A Better Evolution X

Info yang menarik dari Ryan Gates's 311RS. Malangnya saya takde la pula Evolution X nak applykan. Rugi rugi.. Hahaha..


Sumber: YouTube

10 May 2013

Mitsubishi Lancer Evolution X 2007

Kali ini kita tengok pula review kereta Mitsubishi Lancer Evolution X dari alexlovesmac. So.. tanpa berlenggah lagi, jom kita review apa yang alexlovesmac nie review. Haha..


Sumber: alexlovesmac

18 April 2013

18 April 2013

Hari ini (18 April 2013) besday saya. Ade sesiape yang nak hadiahkan kereta Mitsubishi Lancer Evolution X kepade saya tak? Tak dapat nak bagi FQ400, bagi 311RS pun jadi la. Hahaha..



21 March 2013

15 March 2013

09 March 2013

Limited Edition Mitsubishi 311RS Evolution X

Sebanyak 11 buah kereta edisi terhad Mitsubishi 311RS Evolution X akan dijual pada pameran kereta Minneapolis Auto Show yang akan berlangsung pada (March 9th - 17th, 2013) ini.

Dijual pada harga USD 49,000 sebuah, setiap kereta edisi terhad 311RS ini adalah disuntik dari DNA Gates311 Evo X Time Attack Program dalam menghasilkan kereta paling sempurna bagi sebuah Mitsubishi Evolution X tidak kira untuk kegunaan racing atau road driving.

Dikuasakan dengan kuasa 440 horsepower dan 359 pound-feet of torque, slogan paling paling sesuai untuk kereta ini adalah.. Unleash the Kraken !!!!"



25 January 2013

Evolution X Pelbagai Kaler

Ohsem!! Macam-macam kaler ade. Merah, Putih, Hitam, Oren, Bitu, Hijau, Purple. Semua kaler nampak masuk aje dengan rupa Mitsubishi Lancer Evolution X nie. Adooii.. Nie yang tibe-tibe rase macam nak tukar warna kereta ni. Nak tukar dari warna Merah ke warna Kuning. Haha..

Kuning? Kenape warna kuning? Warna kuning le stylo. Baru le nampak macam Bumblebee. Autobots... Transform and Rollout!! Haha..



Sumber: youtube

12 November 2012

14 July 2012

Trailer Filem Mitsubishi Lancer Evolution X 311RS

Filem 311RS dirancang untuk disiar secara online pada bulan Jun 2012. Same-same kita nantikan walaupun sekarang ini dah masuk bulan Julai 2012. Haha..

Review Mitsubishi Lancer Evolution X 2012 dari autobytel

Kali ini kita tengok pula review kereta Mitsubishi Lancer Evolution X 2012 dari autobytel. Jom kita review apa yang diorang review. Haha..

11 June 2012

19 May 2012

Volkswagen Golf R vs Mitsubishi Lancer Evolution MR

Warna biru mana lagi cantik? Warna biru Volkswagen Golf R atau warna biru Mitsubishi Lancer Evolution MR? Haha..

Okey. Jom kita tengok kereta 4WD mana lagi best. Volkswagen Golf R atau Mitsubishi Lancer Evolution MR?

Jika tanya saya punya pendapat? Mestila saya TAK pilih Volkswagen Golf R. Haha..

01 April 2012

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak baru sahaja membeli sebuah Mitsubishi Lancer Evolution 10 yang dikhabarkan berkuasa 380HP pada 28 Mac 2012 yang lepas. Hah? Kereta Mitsubishi Lancer Evolution 10 ni berkuasa 380HP??? Perghh.. Berdesup lajunya tu. Terbaik la Zizan. Cemburu saya sama kamu. Haha..

Tahniah Zizan. Moga terus berjaya di arena seni dan di jalan raya. Kereta Mitsubishi Lancer Evolution 10 tu kalau dah jemu guna nanti, boleh la tolak kat saya. Haha..

16 March 2012

311RS

Yes. Akhirnya Gates 311 dah muncul kembali dengan berwajah baru iatu 311RS. Best best. Hahaha..

08 March 2012

09 February 2012

Kemalangan di pasar

Mitsubishi Lancer Evolution X kepunyaan Skuad Helang PDRM telah terlibat dalam kemalangan. Tidak pasti bila ianya berlaku, dimana ianya berlaku dan macam mana boleh berlaku. Yang saya pasti, kemalangan ini berlaku di pasar. Haha..

Kereta Mitsubishi Lancer Evolution X ini nampak okey. Cuma airbag seperti sudah terkeluar. Speedy recovery Mitsubishi Lancer Evolution X. Speedy recovery juga kepada Skuad Helang :-)

07 February 2012

Mitsubishi Lancer Evolution X MR 2012

Mitsubishi Lancer Evolution X MR 2012 dari negara Kanggaru. Antara update terkini yang diterima oleh kereta Mitsubishi Lancer Evolution X MR pada tahun 2012 adalah:

1. Reversing camera
2. Electronic chromatic rear vision mirror with monitor
3. Black gloss interior trimmings

Mitsubishi Lancer Evolution X MR 2012 ini dijual pada harga serendah $74,890 atau RM244,423.50 sebuah. Ini harga di Australia. Kalau di Malaysia, harganya lebih kurang RM330,000 sebuah.

Adoii.. mahalnya. Macam mana nak pakai Mitsubishi Lancer Evolution X MR kalau harga macam ini. Pakai bodykit Mitsubishi Lancer Evolution X MR ajelah yang saya mampu. Haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...