Pages

27 August 2010

Mitsubishi Lancer EX

Ini adalah adik terbaru keluarga Encik Mitsubishi iaitu Mitsubishi Lancer EX. Baru sahaja dilahirkan pada bulan Julai 2010 yang lepas.

Mitsubishi Lancer EX jika anda lihat, ia bukannya kategory sport edition seperti abang ngah nya iaitu Mitsubishi Lancer GT. Jadi, Mitsubishi Lancer EX ini tiada bodykit, sport rim bersaiz 16 inci dan tiada muncung ala abang sulung nya yang begitu garang iaitu Mitsubishi Lancer Evolution X.

Mitsubishi Lancer EX ini juga diberikan gadjet-gadjet baru seperti cruise control, kunci pintar dan GPS sistem. Maklum la, adik terbaru, jadi manja sikit la. Hehehe. Kuasa enjin pula masih sama dengan kuasa enjin Mitsubisi Lancer GT.

Hanya ada dua warna sahaja dikeluarkan iaitu warna Putih dan Hitam. Jadi maknanya, apabila anda melihat kereta merah saya dari jauh, CONFIRM, saya ulangi lagi sekali, CONFRIM ianya adalah kereta Mitsubishi Lancer GT dan bukannya kereta Mitsubishi EX. Betul tak? Hehehe.





Sumber gambar daripada http://paultan.org

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...