Pages

18 January 2012

Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Edition 2011

Review kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Edition tahun 2011. Review sebelum ini adalah untuk kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Edition tahun 2008.

Okeh. Jom kita tengok apa yang berbeza diantara kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR tahun 2008 berbanding kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR tahun 2011.

16 January 2012

Transformers

Tak sangka kereta Mitsubishi Lancer Evolution X pun tergolong dalam keluarga transformers juga. Agak-agak korang, Mitsubishi Lancer Evolution X ini Autobots atau Decepticons? Haha..

06 January 2012

Side Skirt

Baru-baru ini (Disember 2011), saya pasang Evolution X PP Side Skirt kat kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya. Ada nampak perbezaan tak? Macam tak ada perbezaan sangat kan? Saya pun rase macam tu juga. Macam tak ada beza aje dengan side skirt Lancer GT. Kena bagitahu, baru orang perasan yang side skirt dah lain. Haha..


01 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012


Alhamduliilah. Dah masuk tahun 2012. Kejap aje rasenya. Kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya pun dah nak masuk 2 tahun umurnya. Ada lagi 7 tahun baru pinjaman kerete nak habis. Adoii.. Lama lagi rupanya hutang baru nak tamat. Haha..

Okey. Sedikit ringkasan apa yang berlaku kepada kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya sepanjang tahun 2011.

19 December 2011

Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Editon

Review kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Editon secara lebih detail lagi berbanding dengan review sebelum ini. Jom kita tengok.

14 December 2011

Mitsubishi Lancer Evolution X SE Edition

Kalau sebelum ini kita dah tengok review untuk Mitsubishi Lancer Evolution X GSR Editon, kali ini jom kita tengok pula review untuk Mitsubishi Lancer Evolution X SE Editon pula. Vrromm..



09 December 2011

Lancer GT Club 2011 Annual Gathering


Baru-baru ini (03 - 14 Disember 2011), saya telah menyertai acara tahunan Lancer GT Club untuk tahun 2011. Jika tahun lepas Lancer GT Club gegarkan Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak, kali ini Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang di gegarkan pula. Haha.

Sebanyak 80 lebih buah kereta Mitsubishi Lancer GLS/EX/GT/GTS/Sportback telah menyertai konvoi ini. Kesimpulannya? Memang BEST menyertai konvoi ini. Tahun depan, jika umur panjang dan murah rezeki, saya sertai lagi. Amin.. ^_^

07 December 2011

Bodykit

Hohoho.. Amacam? Lawa tak bodykit kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya? Ada iras-iras kereta Mitsubishi Lancer Evolution X tak?

06 December 2011

Evo X - One lonely night

Mitsubishi Lancer Evolution X di kala waktu malam. Awesome. Walaupun durasi videonya hanya 1 minit 36 saat, tapi impaknya, fuhh... gempak giler.

28 November 2011

Jurugambar Amatur

Gambar kereta Mitsubisi Lancer 2.0 GT saya ini diambil oleh adik saya secara candid di MRR2 ketika Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Kebanyakkan gambar kereta Mitsubisi Lancer 2.0 GT saya didalam blog ini juga majoritinya diambil oleh beliau.

Walaupun sekadar suka-suka, tetapi hasilnya memang menakjubkan bagi seorang yang tiada asas dalam ilmu bergambar. Ini kalau la adik saya diberi pendedahan secara intensif dalam ilmu bergambar, gambar kereta Mitsubisi Lancer 2.0 GT saya pasti lebih mengancam. Haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...