Pages

24 March 2011

Sama tapi tak serupa

Akhirnya berjaya juga saya ambil gambar kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya sebelah menyebelah denagn Proton Inspira 1.8E.

Gambar ini di ambil betul-betul dihadapan pusat servis proton :)




22 March 2011

Lancer di Sepang, Selangor

Merah menyala semangat waja... Hahaha. Ini gambar terbaru kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya. Amacam, Berkilat tak? Hehehe.




15 March 2011

Mitsubishi Lancer Evolution X GSR

Berapakah kelajuan tertinggi yang dapat dicapai oleh kereta Mitsubishi Lancer Evolution X GSR di dalam permainan Gran Turismo 5?

11 March 2011

Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-400

Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-400 adalah versi terpantas dan paling ekstrim daripada keluarga kereta Mitsubishi Lancer Evolution X.

Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-400 ini dikeluarkan oleh Mitsubishi United Kingdom dan sebuah kereta Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-400 ini hanya berharga £49,999.

Dengan 403 kuasa kuda dan 525Nm tork, Mitsubishi Lancer Evolution X FQ-400 ini mampu memecut 100 km/jam hanya dalam masa 3.8 saat sahaja.

Jadi, apa lagi ditunggu. Jom la pakat beli ramai-ramai. Hahahah.







02 March 2011

Mitsubishi Lancer 2.0 GT

Ini adalah gambar terkini kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya di bawah pancaran cahaya matahari yang panas membara bersama sport rim baru berwarna Hyper Black.

01 March 2011

Mitsubishi Lancer 2.0 GT Accelerate

Wow. Kelajuan kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT boleh sampai 210 km/h dalam masa lebih kurang 35 saat sahaja. Tidak pasti samada kereta ini sudah dinaik taraf atau masih lagi dalam keaadan standard dari kilang.

Apa-apa pun, ianya tetap hebat berbanding kereta Perodua Kancil 660 saya. Nak sampai 130 km/h pun susah. Hahaha.

22 February 2011

Mitsubishi Lancer Evolution X Skuad Helang PDRM


WOW.. Mantap. Dua buah kereta Mitsubishi Lancer Evolution X Skuad Helang PDRM dijumpai tadi tengah parking sambil buat sekatan jalanraya berhampiran Mines Shopping Mall.

Tak sempat nak tangkap gambar kedua-dua kereta Mitsubishi Lancer Evolution X Skuad Helang PDRM dalam satu gambar sebab takut pak polisi perasan. Hahaha.

Gambar ini pun di ambil secara curi-curi. Tapi kalau anda semua perasan, dalam gambar tu ada nampak sikit bonet kereta Mitsubishi Lancer Evolution X Skuad Helang PDRM yang kedua. Kira boleh la tu. Hahahahah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...