Pages

30 November 2010

Lancer di Bangi, Selangor

Gambar ini diambil dari dalam kereta Perodua Kancil 660. Gambar ini diambil menggunakan camera handphone cap Nokia. Amacam? Ada gaya macam gambar ini diambil oleh paparazzi tak? Hahahah

21 November 2010

Lancer di Cameron Highlands, Pahang

Ini gambar sewaktu saya pergi ke Cameron Highlands, Pahang pada 20hb - 21hb November 2010 yang lepas. Wahh.. first time pergi ke Cameron Highlands. Jadi agak teruja juga la. Hahaha.

Perjalan ke Cameron Highlands adalah melalui dari Tapah. Sungguh mencabar jalannya. 1 jam jalan pusing-pusing mendaki bukit Cameron Highlands. Best. Dah rase macam perlumbaan rali la pula. hehehe. Jom kita ramai-ramai Cameron Highlands (^_^)






10 November 2010

Lancer di Taman Botani, Putrajaya

Gambar ini diambil sewaktu saya menghadiri majlis perkahwinan kawan saya pada minggu lepas (06 November 2010) di Taman Botani, Putrajaya. Tahniah diucapkan pada mereka berempat. Berempat????

Yup. Berempat. Ada dua pasang pengantin. Abang dan adik sanding bersama. So, sambil-sambil makan nasi minyak disitu, saya tangkap la gambar Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya. Amacam? Cantik kan!! Hehehe.


09 November 2010

Mitsubishi Lancer Ralliart

Ini adalah video walk around Mitsubishi Lancer Ralliart. Sangat cool, power dan bergaya berbanding Mitsubishi Lancer GT 2.0 saya. (^_^)

Apa beza diantara Mitsubishi Lancer Evolution X, Mitsubishi Lancer Ralliart dan Mitsubishi Lancer 2.0 GT? Nanti saya akan ulas lebih lanjut mengenai perkara ini.

Sebelum itu, anda saksikan dahulu video walk around Mitsubishi Lancer Ralliart ini.

01 November 2010

Mitsubishi Lancer Sportback 2.4 - Update 2

Mitsubishi Lancer Sportback ialah sebuah kereta hatchback. Kereta ini dikuasakan dengan enjin 2.4 cc. Enjin nya menghasilan 170hp dan 226 Nm tork. Sangat hebat berbanding kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya iaitu hanya 155hp dan 199 Nm tork.

Agak-agaknya kalau Mitsubishi Lancer Sportback berlumba dengan Mitsubishi Lancer 2.0 GT, saya ada can nak menang tak? Hehehe

Mitsubishi Lancer Sportback ditampilkan dengan 3 warna iaitu Biru Petir (Ligthning Blue), Putih Padu (White Solid) dan Hitam Mica (Black Mica). Emm.. Kenapa warna merah tak ada ye?

Mitsubishi Lancer Sportback mempunyai banyak aksesori-aksesori yang tiada pada Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya. Antaranya seperti:

1. Auto lighting control

2. Sistem cruise control

3. Auto fold side mirror

4. Colour LCD Multi-information Display

5. Auto rain-sensing

6. Active Stability Control (ASC) with Traction Control

7. Anti-trapping power windows with driver's side auto up and down function

8. 2 din LCD touch screen entertainment system

9. Serta banyak lagi.

Wahhh... Banyak aksesori-aksesori baru yang boleh di upgrade untuk Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya ini. Yang pasti, semuanya original daripada Mitsubishi. Jangan cemburu ya... (^_^) Harganya termasuk insuran adalah RM 132,980.00.

Sumber gambar daripada http://paultan.org
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...